Langkah Mudah Mencuci Muka Dengan Berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Setiap hari tidak kira wanita atau lelaki akan mencuci muka untuk memastikan kekal segar, bersih dan berseri.

PENTING untuk kita amalkan rutin harian mencuci muka dengan betul untuk memastikan kulit sentiasa sihat, anjal dan bersih sekata seperti yang diidamkan.

Kali ni saya nak share langkah-langkah mudah yang boleh anda amalkan sendiri setiap hari.

#1 Cuci Tangan

Pastikan tangan sentiasa bersih kerana kulit wajah adalah sangat sensitif. 

Jadi hindari kulit muka daripada habuk, debu, kuman dan bakteria. Jangan sesekali menyentuh kulit muka tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
.
Kita kerap make up atau bersolek kan?

Untuk info jika tidak membersihkan solekan dengan betul, liang pori akan tersumbat dan menyebabkan jerawat terhasil dan ini juga menjadi penyebab kepada masalah kulit kusam dan berminyak.

#2 Teknik Pembersihan

Pertama sekali ratakan cleanser ke seluruh wajah, kemudian urutkan muka dengan lembut dan elakkan menekan atau mengurut dengan terlalu kuat.

Fokus kepada Zon T kerana kawasan ini sangat mudah berjerawat dan berminyak.

Zon T adalah bahagian dahi, pipi, hidung dan dagu.

Semasa mencuci muka, lakukan urutan di muka secara perlahan, bertujuan untuk membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit wajah.

Mulakan urutan dari arah bawah hingga ke atas.

Boleh mulakan di bahagian leher, dagu, pipi, hidung dan dahi.

Diingatkan sekali lagi, jangan urut dengan menekan terlalu kuat, urut secara bulatan dan dengan belaian lembut nan manja.

 

 

#3 Gunakan Air Suam (Jika ada masalah kulit kering, gunakan air biasa)

Tak ramai yang amalkan teknik ini.

Dinasihatkan elak mencuci muka dengan air suhu yang terlalu sejuk atau panas kerana dari sudut saintifik akan memberi kesan kemerahan pada hidung dan pipi.

Gunakan air suam semasa mencuci muka untuk membuang segala kotoran pada muka dan anda akan rasakan kesegaran yang maksima dengan mengamalkannya terutama setelah pulang dari kerja atau jalan – jalan.

 

 

#4 Proses Pengeringan

Setelah selesai membilas wajah dengan air, selalu nya kita mengelap dengan menggunakan tuala muka (pastikan yang bersih)

Tapi seeloknya untuk kesan yang lebih bagus, biarkan muka kering dengan sendiri untuk lebih penyerapan akan khasiat daripada pencuci muka itu sendiri.

Jika tiada masa dan ingin keringkan dengan tuala, disarankan guna tuala muka lembut seperti microfiber towel yang banyak di pasaran.

Sekian sahaja untuk sharing kali ini. Stay tune! Kami akan share banyak lagi tips yang berguna pada masa akan datang.

Semoga bermanfaat, jangan lupa share posting ini pada kawan-kawan, 

Pastikan Follow FB Page kami Ensutouch Original Malaysia , kami akan kongsikan lagi lebih banyak tips dan petua kecantikan.

Untuk info cleanser dan set skincare hasil kajian saintis SIRIM yang makin ramai amalkan ni boleh klik ensutouchoriginal.com

Jumpa lagi. Salam sayang dari Ensutouch Original Malaysia

Scroll to Top